Kelestarian Sumber Air di Malaysia: Realiti dan Penyelesaiannya

Pengenalan
Krisis air yang semakin meruncing di Malaysia menuntut pendekatan saintifik, inovatif dan inklusif dalam pengurusannya. Pelbagai faktor seperti perubahan iklim, pencemaran industri, serta ekanan terhadap sektor pertanian menyumbang kepada kerumitan isu ini.
Webinar ini bertujuan untuk membuka ruang perbincangan berasaskan data dan penemuan terkini dalam bidang hidroklimatologi dan teknologi rawatan air, serta mengetengahkan solusi lestari bagi masa hadapan negara.
Maklumat Webinar
Tarikh: 1 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi – 11:30 pagi
Platform: Google Meet
Penyertaan: Percuma (pendaftaran diperlukan)
Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 April 2025
Sasaran Peserta
- Penuntut universiti, pelajar pascasiswazah dan ahli akademik
- Penyelidik dasar dan penggubal polisi
- Penggiat alam sekitar dan NGO
- Masyarakat awam yang prihatin terhadap isu sumber air
Objektif
✅ Mengenal pasti cabaran utama dalam pengurusan sumber dan bekalan air negara
✅ Mengupas hasil kajian terbaharu mengenai status sumber air negara
✅ Meneroka teknologi dan inovasi bagi penyelesaian jangka panjang
Panel
Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Faiz bin Mohd Amin ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Kelantan dan merupakan pakar dalam bidang pengurusan sumber air, teknologi rawatan air dan kelestarian alam sekitar. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Awam dari Delft University of Technology, Belanda, dengan kepakaran penyelidikan dalam sistem penapisan semula jadi, pengurusan air bawah tanah dan kawalan pencemaran. Sebagai Ketua Projek Air Bawah Tanah UMK dan perunding untuk pelbagai inisiatif rawatan air dan kelestarian, beliau telah menyumbang secara signifikan kepada keselamatan air negara menerusi penyelidikan saintifik, inovasi teknologi dan saranan dasar. Sebagai ahli kepada The International Water Association dan penerima pelbagai Anugerah Gemilang UMK, Dr. Mohamad Faiz merupakan tokoh yang tepat untuk mengupas penyelesaian lestari terhadap krisis air di Malaysia.
Daftar Sekarang!